• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

IlmuPadu.com

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

TENTANG DR ZUL ARIFFIN MAAROF

Tentang Dr Zul Ariffin Maarof? Nak tahu tak siapa saya? Jom saya perkenalkan.

Hai, saya Dr Zul Ariffin Maarof,

Saya merupakan Usahawan ebay Top Rated Seller, Penulis Buku, Penyelidik, Jurulatih Usahawan, Perunding, Penasihat Unit Exco Usahawan Kerajaan Negeri dan juga Tenaga Pengajar di UTHM Batu Pahat.

Bidang kepakaran saya adalah PhD matematik kewangan dan data analytic. Kajian saya banyak berkaitan tentang eBay data, pemasaran digital dan artificial intelligence IR 4.0.

Di samping saya membangunkan bisnes untuk company saya sendiri, melatih pelajar master dan PhD dalam bidang kajian eDay data analytic, saya juga memberi perkhidmatan latihan kepada orang awam, syarikat korporat, NGO dan badan kerajaan yang ingin mendalami ilmu cara mudah pasarkan barang ke luar negara.

Kaedah pendekatan yang saya lakukan adalah menggunakan platform eBay dan strategi menjadikan new seller mencapai  status “eBay TRS”. 

Keutamaan saya sekarang adalah bagaimana nak pastikan newbie eBay mampu memahami modul strategi menjadi TOP RATED SELLER (TRS) dengan cara mudah dan berkesan!

Ini bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan baru yang mampu menjana pendapatan hanya dari rumah.

Jom kita tengok sikit beberapa testimoni yang telah berjaya belajar dari modul yang saya bangunkan dan berjaya menjadi TRS di eBay!

Tentang Dr Zul Ariffin Maarof lagi…

Saya telah melatih lebih 5000 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan IKS, SME, Syarikat korporat, NGO, kakitangan awam, pekerja swasta, ibu tunggal, dan suri rumah di seluruh Malaysia semenjak dari tahun 2015 lagi sehinggalah sekarang!

Jom kita tonton sikit video Program Bengkel dan Seminar saya yang telah dianjurkan di bawah:

Saya kongsikan juga beberapa testimoni yang telah berjaya buat sales di eBay seperti di bawah oleh orang yang masih baru lagi join eBay:

Inilah serba sedikit mengenai diri saya. InsyaAllah, saya akan bantu anda dengan segala ilmu dan pengalaman yang saya ada agar anda dapat memiliki satu perniagaan yang dapat memasarkan produk anda ke pasaran antarabangsa iaitu di eBay platform!

Primary Sidebar

POST – POST TERKINI

  • Cara Menjadi Viral di TikTok
  • Cara Set Up TikTok Shop
  • Cara Promosi Bisnes di TikTok
  • Niche Paling Untung dan Kurang Pesaing
  • Produk Haiwan Peliharaan Laris di USA

SENARAI KATEGORI

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in