Anda rasa perlu tak anda ada seorang MENTOR PERNIAGAAN? Jom saya kongsikan kenapa anda perlu ada sekurang-kurang seorang mentor yang dapat bimbing anda untuk berjaya dalam perniagaan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca blog setia ni…Saya doakan anda semua sihat walafiat.
Hari ni kita santai-santai je nak kongsi pasal perlunya mentor dalam apa jua urusan kita lebih-lebih lagi dalam perniagaan kita. Ada tak anda dapatkan mana-mana khidmat nasihat dalam perniagaan atau main langgar je… Apa jua perniagaan yang anda buat, anda perlukan mentor dalam perniagaan.

Istilah mentor perniagaan bukanlah baru dan sudah lama dipraktikkan secara tidak langsung dalam dunia perniagaan.
Mentor perniagaan adalah pengamal perniagaan berpengalaman yang menurunkan ilmunya kepada usahawan baru. Ia banyak diamalkan dalam masyarakat kita seperti ibu bapa yang membimbing anaknya.
Mentor perniagaan memainkan peranan yang cukup penting terhadap kejayaan seorang usahawan. Usahawan muda dapat belajar dan mencontohi pengalaman seorang mentor yang sudah berjaya.
Semua usahawan yang berjaya mempunyai mentor masing-masing kerana pembimbing ini menjadi rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam urusan perniagaan dan perusahaan mereka.
Individu yang baru menceburi dunia perniagaan disarankan mencari pembimbing atau mentor sendiri kerana ia adalah kaedah yang bijak untuk berjaya dalam perniagaan. Selain membantu usahawan baru mencapai matlamat dalam perniagaan, mereka turut menjadi rujukan termasuk memberi khidmat nasihat dalam urusan perniagaan serta dunia keusahawanan.
Untuk berjaya membina empayar perniagaan sendiri, anda perlu mencari mentor yang bukan saja sanggup berkawan dengan anda, malah membimbing dan memberikan khidmat. Anda perlu khidmat mentor untuk membimbing anda menjadi usahawan muda dan mengurangkan risiko melakukan kesilapan.
Jadi sebab apa usahawan wajib ada seorang MENTOR dalam perniagaan?
4 Sebab Perlunya MENTOR PERNIAGAAN:
1. Kongsi Pengalaman Secara Langsung
Pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli dan tidak dapat diperoleh daripada buku. Mungkin ada yang membukukan pengalaman perniagaan masing-masing, namun pastinya ada perbezaan yang ketara sekiranya anda mendengar daripada butir bicara mentor anda sendiri.
Selain itu, tidak semua pengalaman mentor dapat anda baca di dalam buku ataupun di kaca televisyen. Tetapi pengalaman-pengalaman yang begitu terhad untuk anda perolehi daripada mana-mana sumber kecuali semasa sesi mentoring.
2. Jalan Pintas Untuk Berjaya
Banyak kajian telah dilakukan bahawa dengan memiliki mentor adalah aspek penting untuk berjaya. Pada tahun 2013, 80% CEO berkata bahawa kejayaan mereka banyak bergantung kepada pengajaran daripada mentor masing-masing.
Peluang untuk anda berjaya dalam perniagaan akan lebih terserlah dengan kehadiran seorang mentor. Nilai masa, pengalaman dan nasihat pastinya diperoleh daripada mentor anda masing-masing.
3. Peluang Jaringan (Networking) Yang Luas
Kebanyakan mentor yang berjaya memiliki jaringan perniagaan yang sangat kuat dan luas. Selain itu, pelabur mudah untuk mempercayai perniagaan yang dicadangkan oleh mentor-mentor yang sudah dipercayai.
Justeru, tidak mustahil anda yang berada dibawah seliaan mentor akan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur tersebut. Hal ini merupakan peluang yang tidak dapat anda peroleh di mana-mana tempat yang lain.
4. Bantu Untuk Kekal Lama Dalam Perniagaan
Menurut U.S. Small Business Adminstration (SBA), 30% daripada perniagaan yang baru ingin memulakan langkah berniaga tidak akan mampu untuk bertahan selepas 24 bulan pertama dan 50% peratus pula tidak mampu bertahan selepas 5 tahun berniaga.
Namun, tahukah anda bahawa 70% peratus perniagaan yang memiliki MENTOR mampu untuk bertahan melebihi lima tahun berniaga.
Jadi, adakah anda masih teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan 70% di atas ini?
Jika anda nak seorang MENTOR PERNIAGAAN, apa kata anda klik link di bawah:
<<<Mentor Perniagaan eBay Intelligence Academy>>>
Sekian, wassalam.