
Cara edit gambar produk yang anda perlu tahu. Ada yang PERCUMA dan ada yang BERBAYAR. Kali ni, saya akan kongsikan dengan anda 15 apps edit gambar PERCUMA untuk Iphone dan Android yang paling TERKINI iaitu pada tahun 2021.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sihat ke anda semua? Terima kasih kerana masih setia bersama saya di blog ni. Sebelum saya kongsi pasal apps edit gambar ni, nak tanya juga pada anda….tahu tak apa itu Apps Edit Gambar ni atau bahasa betulnya Aplikasi Penyunting Foto (Photo Editor App)?
Apps edit gambar ni adalah aplikasi perisian yang dibangunkan untuk mengedit gambar pada smartphone anda. Untuk perniagaan online, ini bermaksud anda dapat menghasilkan strategi visual yang hebat, menampilkan produk anda secara profesional dengan hanya menggunakan smartphone anda.
Jenis aplikasi ini menawarkan pelbagai jenis ciri dari ‘cropping’, pengawalan ‘shutter speed’, dan penambahan ‘filter’. Ada juga apps edit gambar ni membolehkan anda membuat kolaj atau membuat tetapan automatik untuk pelbagai pemandangan.
Anda tahu kan salah satu cara mempromosi laman e-commerce anda sama ada di Shopee, Lazada, eBay, mahupun Amazon atau apa-apa sahaja laman e-commerce yang lain adalah melalui fotografi.
Gambar cantik akan mudah menarik perhatian pelanggan dan ia adalah kerja yang amat sukar untuk dilakukan. Dengan semua orang tertumpu kepada media sosial, tempoh tumpuan pengguna dianggarkan sekitar 8 saat sahaja.
Bermakna, anda hanya ada 8 saat sahaja untuk mendapatkan perhatian pelanggan. 8 saat yang mahal. 8 saat yang anda boleh grab melalui gambar yang cantik dan ‘outstanding‘ sekaligus membuatkan pelanggan anda ingin klik link atau gambar anda.
Maka, berbaloi anda laburkan duit dan masa untuk hasilkan gambar cun dan cantik ni. Itulah pentingnya anda tahu tentang ‘Photo Editor Apps’ ni.
Berikut saya senarai apps edit gambar TERBAIK yang boleh anda dapatkan secara PERCUMA untuk iPhones dan Android:
- Snapseed
- VSCO
- Prisma Photo Editor
- Adobe Photoshop Express
- Foodie
- Adobe Photoshop Lightroom CC
- LiveCollage
- Adobe Photoshop Fix
- Visage
- Enlight Photofox
- Afterlight 2
- Canva
- Over
- Bazaart
.
1. Snapseed
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Advanced photo editing di smartphone.

Apps ni dilengkapi dengan pelbagai filter yang telah disetkan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan apps yang lain, anda boleh edit filter ni bahkan anda boleh buat semula dari awal.
Tool-tool yang lain spt cropping, straightening, frames, text, vignettes juga ada.
Dengan Snapseed ni, anda boleh jadikan gambar latar belakang blur dan latar hadapan lebih jelas.
Ada juga “Selective Adjust” tool yang membolehkan anda adjust ‘contrast and brightness’.
Ia juga boleh simpan gambar yang anda dah edit dan anda boleh ubah hasil edit anda bila-bila masa saja.
2. VSCO
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Classic-look filters.

Seperti Instagram, VSCO menggabungkan kamera, editing tools dan komuniti dalam talian.
Tetapi semuanya mengenai filter.
Aplikasi foto percuma ini menyediakan fungsi filter yang menakjubkan yang membuat gambar anda kelihatan seperti yang diambil pada kamera filem analog. Filter lembut dan halus ini menambahkan sentuhan kelas pada gambar anda dan anda boleh buat slaid presentation.
Sudah tentu, apps ini ada standard editing tools, seperti adjustments, cropping, borders, dan vignettes. Anda juga boleh menggunakan VSCO untuk menyesuaikan paparan, kontras, suhu, atau warna kulit.
Setelah selesai mengedit foto, anda boleh kongsikannya ke laman sosial lain – seperti Instagram! Aplikasi ini bahkan membolehkan anda berkongsi di WhatsApp dan SMS.
3. Prisma Photo Editor
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Mengubah foto anda menjadi “paintings” dan “drawings”.

Aplikasi yang paling sesuai jika anda nak tukarkan foto kepada lukisan. Ha, bila lagi anda nak ada lukisan gaya Picasso dalam telefon? Menggunakan Artificial Intelligence (jangan tanya saya macam mana ia berfungsi), aplikasi ini membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang nampak macam lukisan Picasso ataupun Salvador Dali.
Cubalah, anda pasti terkejut campur seronok. Anda boleh juga bayar untuk akses filter tambahan tetapi set percuma yang tersedia pun sudah banyak. Satu lagi, Prisma pun ada komuniti sosial macam Instagram. Nanti dah selesai edit gambar, anda boleh kongsikannya di feed Prisma, simpan ke telefon, kongsi di mana-mana media sosial atau hantar melalui emel dan mesej.
4. Adobe Photoshop Express
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Adobe dan foto, cukup sinonim. Aplikasi ini sesuai untuk edit foto secara menyeluruh.

Ia mengambil banyak tool Photoshop yang best dan dimuatkan dalam satu aplikasi khusus untuk smartphone. Walaupun ada ciri-ciri canggih yang banyak, aplikasi percuma ini masih mudah digunakan pada skrin sentuh kecil macam telefon.
Anda hanya perlu muat naik gambar daripada memori telefon, atau ambil gambar baru guna kamera, atau gunakan imej tersedia dalam Akaun Adobe Creative Cloud dan mulakan sesi edit.
Semua tool yang anda perlu; crop, red-eye correction, brightness, contrast, saturation, filter, border, dan banyak lagi ada dalam aplikasi ni. Yang paling best adalah smart filter.
Apa smart filter ni buat? Ia akan betulkan kalau ada isu-isu biasa macam color temperature atau exposure tak betul. Tapi ingat, app bijak pun tetap anda yang perlu kawal dan pilih nak yang macam mana.
Macam perisian dan aplikasi Adobe lain, anda kena daftar dulu untuk ID akaun Adobe. Lepas dah siap edit, anda boleh saja simpan di Cloud, telefon atau kongsi ke media sosial lain.
5. Foodie
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Mengambil gambar produk makanan anda.

Seringkali peniaga online melakukan kesilapan apabila mengambil gambar produk makanan jualan mereka. Susah nak cari sudut yang perfect, ada pantulan lampu pada pinggan la, dan macam-macam lagi masalah lain ketika ambik gambar makanan ni. Foodie dapat membantu anda mengambil gambar makanan anda ke tahap yang anda akan puas hati.
Editornya agak serupa dengan Instagram – kecuali 30 filters dan editing features nya yang fokus pada gambar makanan. Selain itu, ia membantu anda mendapatkan the perfect bird’s eye shot dan menyerlahkan lagi warnanya. Sekiranya anda suka dan perlu ambil gambar makanan, anda wajib ada apps ni. Muat turun saja apps ni dan lihat hasilnya.
6. Adobe Photoshop Lightroom CC
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
Terbaik untuk: Para profesional dan mereka yang ingin membuat adjustment dengan lebih cepat.

Versi aplikasi perisian desktop yang popular ini menyediakan akses kepada professional editing tools . Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam fail RAW (format gambar berkualiti tinggi yang popular di kalangan jurugambar).
Apps ni memberi tumpuan kepada penyediaan satu set high-quality adjustment tools iaitu simple sliders . Ini membolehkan anda menyesuaikan cahaya, perincian, warna, herotan, dan butiran foto anda.
Sekiranya anda subscribe Adobe Creative Cloud, anda juga akan mendapat akses ke ciri tambahan. Ini termasuk penyuntingan selektif dan Adobe Sensei – sistem AI yang menandai automatik gambar anda berdasarkan kandungannya, yang membolehkan anda mencari gambar yang ideal dengan cepat.
7. LiveCollage
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Membina Foto Kolaj

Macam namanya, aplikasi ini sesuai untuk sediakan kolaj foto superb. Kalau nak ikutkan, ada banyak apps yang boleh hasilkan kolaj ringkas tapi apps ini ada lagi banyak kelebihan khusus untuk kolaj.
Apps ini dah siap ada ribuan layout. Anda tinggal cari dan pilih yang mana sesuai untuk digunakan. Ada banyak stail dan latar berbeza yang menarik. Lagi, anda juga boleh tambah teks, tukar jenis font, warna dan saiz.
Oh ya, tool asas untuk edit gambar dah siap ada dalam apps ini. Jadi, tak payahlah anda nak tukar-tukar antar app masa nak buat kolaj.
8. Adobe Photoshop Fix
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Mengedit Potret

Adobe Photoshop Fix bukan untuk menambahkan filter atau effect pada foto anda. Sebaliknya, ia direka untuk memperbaiki atau delete apa yang tidak diingini pada gambar anda.
Anda boleh menggunakan apps ini untuk membuat pengeditan pada tahap profesional pada potret anda. Ia merangkumi semua asas – anda boleh adjust highlights, shadow, warna dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, bahagian Liquify sangat mengagumkan. Apabila anda memuat naik potret, aplikasi akan secara automatik scan setiap ciri wajah. Kemudian anda boleh menyesuaikan ukuran, bentuk, dan kedudukannya untuk membuat gambar yang sempurna. Sekiranya anda seorang pengguna Creative Cloud, anda juga dapat berkongsi apa yang anda dah edit secara langsung ke Photoshop di komputer anda untuk pengeditan lebih lanjut.
9. Visage
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Cantikkan gambar selfie.

Dengan Visage, tiada lagi jerawat, eye bag atau gigi yang tidak putih sepenuhnya kerana Visage dapat menyempurnakan semua perkara ni.
Aplikasi penyuntingan gambar selfie percuma ini membolehkan anda mengubah gambar potret anda dengan cepat dan mudah. Khususnya, anda dapat menghaluskan kulit, mengurangkan kilauan kulit, memutihkan gigi, menggunakan solek mata, dan lain-lain.
Aplikasi ini juga merangkumi background dan effect yang menarik untuk menggayakan selfie anda.
Kelemahannya ialah versi aplikasi percuma ni ada banyak iklan, dan pengeditan foto yang sudah selesai akan menggunakan hashtag jenama Visage di bahagian bawah.
Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh meningkatkan ke versi pro ($ 4.99 sebulan atau $ 9.99 per tahun) untuk mengelakkan kekurangan ini.
10. Enlight Photofox
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Edit gambar artistik

Enlight Photofox adalah aplikasi pengeditan foto artistik percuma, dan telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Apple pada tahun 2017.
Salah satu ciri yang paling popular adalah keupayaan untuk menggabungkan foto untuk menghasilkan kesan dramatik. Anda juga boleh menambahkan elemen grafik pada gambar anda. Walaupun mempunyai banyak ciri yang sama dengan Photoshop, seperti layer, ‘learning curve’ nya tidak begitu curam.
Walaupun begitu, untuk memanfaatkan sepenuhnya Enlight Photofox, anda mungkin perlu menonton banyak video tutorialnya. Kelemahannya ialah versi percuma hanya membolehkan anda menggunakan dua layer sekaligus. Oleh itu, anda perlu melanggan versi pro ($ 2.74 sebulan atau pembelian sekali sebanyak $ 64.99) jika anda mahu mengekalkan kreativiti anda.
11. Instagram
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Kongsi gambar online dan kumpul follower.
Instagram adalah app yang sesuai untuk kongsi gambar online dan kumpul follower. Senang cakap, apabila ada gambar, Instagram ialah tempat paling syok untuk anda kongsikannya.

Selepas Facebook dan YouTube, Instagram adalah media sosial ketiga terbesar di dunia. Sehingga Jun 2018 sahaja, app ini ada 1 bilion pengguna aktif sebulan. Bayangkan jumlahnya sekarang?
Aplikasi ini juga ada tool asas untuk edit gambar, termasuklah fungsi filter, efek, sticker dan overlay.
Selain gambar, aplikasi ini turut mempunyai tool lain yang anda boleh gunakan untuk tambah follower. Contohnya, anda boleh manfaatkan data daripada Insight Instagram bagi memahami cara audiens engage dengan post anda.
Anda juga boleh gunakan Instagram Stories dan Instagram Live untuk sesi yang lebih interaktif bersama follower.
12. Afterlight 2
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Edit gambar secara keseluruhan dan untuk seni overlay.

Afterlight ni boleh dikatakan macam “all-in-one, feature-packed” photo editing app. Ia memiliki semua ciri asas yang anda harapkan, termasuk tool untuk adjust exposure, hue/saturation, contrast, and tone. Dan pilihan untuk menambah dan menyesuaikan teks sangat banyak.
Selain itu, terdapat lebih dari 70 frame untuk dipilih dan banyak filter hebat yang boleh anda sesuaikan untuk memenuhi keperluan anda.
Yang paling best terdapat prism effects, real film light leaks, dan dusty film overlays. Ini membolehkan anda membuat gambar unik yang menonjol dan menarik perhatian orang. Aplikasi ini juga berfungsi dengan fail RAW di iOS atau Android.
13. Canva
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Gambar-gambar berkaitan jenama perniagaan anda.

Berlainan dengan app lain, Canva sesuai untuk gambar dan material melibatkan bisnes. Ia bukan untuk foto semata-mata.
Jika anda nak buat poster atau apa-apa gambar untuk page ecommerce dan bahan-bahan untuk kerja pemasaran, app ini sangat sesuai.
Macam mana nak buat? Anda ambil gambar, muat naik di Canva, edit dan mula tambahkan elemen lain yang perlu.
Anda boleh sediakan dalam format banner, poster, saiz untuk post Instagram, cover profil Facebook dan banyak lagi.
Nanti apabila pelanggan buka mana-mana media yang anda ada pun, mereka boleh lihat maklumat sama tetapi dalam bentuk berbeza.
14. Over
Terdapat pada iOS and Android | PERCUMA
TERBAIK untuk: Edit teks yang cantik untuk imej.

Anda boleh menggunakan aplikasi untuk menambahkan beberapa teks untuk gambar anda. Anda boleh mengubah saiz teks dan menambahkan beberapa entri teks pada satu gambar menggunakan sistem layer.
Sesuaikan mengikut keinginan anda dan kemudian kongsi di Facebook, Twitter, dan rangkaian media sosial yang lain.
15. Bazaart
Terdapat pada iOS | PERCUMA
TERBAIK untuk: Surreal dan artistic image effects

Sekiranya anda ingin melakukan lebih daripada sekadar menghilangkan cela dari selfie terakhir anda, Bazaart dapat membantu anda mengubah fotografi anda dengan kesan yang unik.
Dengan menggunakan alat montaj dan kolaj, anda boleh menggabungkan pelbagai elemen reka bentuk untuk membuat sesuatu yang baru. Anda boleh melapisi teks dan grafik pada foto anda dan bahkan memindahkan segmen gambar untuk kesan nyata.
Ciri-ciri seperti instant background removal dan template menjadikan Bazaart adalah apps yang bagus untuk beginner.
Kesimpulan
Macam mana? Banyak tak apps edit gambar ni? Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi untuk edit gambar ni di smartphone. Anda perlu rajin explore dan try hingga berjaya capai kepuasan yang diingini.
Bagi mendapatkan aplikasi terbaik untuk bisnes ecommerce anda, lihat semula matlamat dan sasaran yang anda mahu capai. Kemudian, uji beberapa aplikasi dan pilih yang terbaik untuk bisnes anda.
Untuk hasil terbaik, cukup anda pilih satu atau dua aplikasi sahaja. Mahirkan betul-betul dan maksimumkan penggunaannya untuk bisnes ecommerce anda. SELAMAT MENCUBA!!!
Berikut saya ringkaskan 15 Apps PERCUMA 2021 untuk edit gambar di smartphone anda:
- Snapseed: Terbaik untuk advanced photo editing di smartphone.
- VSCO: Terbaik untuk classic-look filters.
- Adobe Photoshop Express: Terbaik untuk keseluruhan photo editing.
- Adobe Photoshop Lightroom CC: Terbaik untuk para profesional buat quick pro adjustments.
- Prisma Photo Editor: Terbaik untuk tukarkan gambar artistik “paintings” and “drawings.”
- Foodie: Terbaik untuk mengambil gambar produk makanan.
- LiveCollage: Terbaik untuk foto kolaj.
- Adobe Photoshop Fix: Terbaik untuk edit potret.
- Visage: Terbaik untuk edit gambar selfie.
- Enlight Photofox: Terbaik untuk edit gambar artistik.
- Instagram: Terbaik untuk kongsi gambar bagi menambah follower.
- Afterlight 2: Terbaik untuk edit gambar secara keseluruhan dan untuk seni overlay.
- Canva: Terbaik untuk gambar-gambar berkaitan jenama perniagaan anda.
- Over: Terbaik untuk edit teks yang cantik untuk imej.
- Bazaart: Terbaik untuk surreal dan artistic image effects
So, macam mana? Apps edit gambar yang mana yang anda gunakan? Jika masih belum ada, pilihlah salah satu di atas dan cuba hingga anda perolehi hasil yang anda idamkan. Nanti di lain post, saya akan kongsikan pula apps edit gambar yang berbayar pulak ye!
SELAMAT MENCUBA!!!