• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

IlmuPadu.com

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

Produk Trending di eBay Sewaktu PKP

July 19, 2021 by Dr Zul Ariffin

Anda nak tahu produk apa yang trending di eBay sewaktu PKP? Artikel kali ini saya nak kongsikan cara berniaga di ebay produk apa yang sedang trending waktu PKP ni.

Produk trending di ebay

Saya kongsikan kepada anda beberapa info grafik dan statistik untuk memberikan idea kepada anda produk apa yang sedang trending sekarang ni sewaktu musim covid19

Ramai seller-seller baru kebiasaannya akan menghadapi masalah tak tahu nak jual apa di ebay setelah ada akaun untuk menjual.

ini menyebabkan pemilihan produk yang dijual tidak mendapat permintaan yang tinggi. So ibarat macam jual syok sendiri je la..

nak jual kat ebay or kat mana-mana marketplace, perkara yang paling utama kita kena fokuskan adalah produk apa yang trending di pasaran.

Setelah buat kajian, barulah kita mencari supplier yang paling reliable untuk kita gunakan dan supply di pasaran ebay.

Bila anda buat begitu, lebih mudah untuk produk yang di iklankan itu untuk terjual dalam masa yang pantas.

Berikut adalah beberapa produk yang trending di ebay waktu musim covid19 sekarang ni

  1. Peralatan Work from home
work from home essential

2. Peralatan mainan video game

playing around

3. Barang-barang permainan

making the best of things

4. Peralatan mainan di rumah

stay in your backyard

5. Peralatan berkaitan hobi

rise of the hobbyist

6. Peralatan berkebun

produk trending di ebay

7. Peralatan kegunaan di rumah

around the house

8. Peralatan bersukan

staying in shape

9. Alat solek wanita & baju lelaki

Dari statistik produk trending di ebay yang saya kongsikan di atas, anda akan dapat gambaran dan idea, produk apa yang patut anda berikan fokus untuk jual di ebay

Jika anda belum ada akaun lagi, boleh baca artikel perkara asas yang perlu ada sebelum mulakan bisnes ebay

Dari mana nak dapat supplier? paling mudah anda boleh buat survey di shopee produk apa yang related dengan demand di ebay yang ada jual di malaysia.

Setelah anda kenalpasti demand dan supplier, anda dah boleh siapkan listing di akaun ebay anda untuk test tengok ada tak sambutan pembeli yang beli melalui anda

jika barang yang anda iklankan tu telah terjual dalam masa kurang sebulan dengan kuantiti yang banyak, anda dah boleh fikirkan untuk start simpan stok bagi mempercepatkan proses order dan shipping.

jangan terburu-buru untuk terus borong dalam kuantiti yang banyak, takut nanti modal anda habis sangkut dengan stok sahaja.

alamatnya waktu raya nanti jadi hadiah hari raya sebab barang dah tak trending dan tak habis terjual

Jika anda nak belajar cara-cara membuat bisnes ebay dan teknik mengkaji produk yang trending di ebay boleh dapatkan Panduan eBay Intelligence DI SINI

Filed Under: Statistik Jualan eBay Tagged With: idea bisnes

Primary Sidebar

POST – POST TERKINI

  • Cara Menjadi Viral di TikTok
  • Cara Set Up TikTok Shop
  • Cara Promosi Bisnes di TikTok
  • Niche Paling Untung dan Kurang Pesaing
  • Produk Haiwan Peliharaan Laris di USA

SENARAI KATEGORI

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in