Payoneer vs Paypal? So yang mana satu untung?
Hi semua, mulai tahun 2021 usahawan ebay dari Malaysia akan mula menggunakan payoneer sebagai pengganti paypal.
Jika sebelum ini kiraan kos dan untung bersih adalah ditolak dari amount withdraw di paypal. Kali ini kiraannya agak berlainan sikit.
Saya kongsikan sedikit cara kiraan menggunakan pembayaran melalui ebay manage payment dahulu, kemudian kita akan tengok kiraan dari paypal pulak.

Kos Pertama dari ebay adalah Final Value Fees + Final Value Fees Per Order + SST.
Kos kedua adalah jika kita ada menggunakan ebay Ads / Promoted Listing fees, akan keluar mengikut percentage yang kita setkan. Maksimum adalah 30%.
Untuk detailnya boleh rujuk seperti di bawah
Kos Ebay Ads

Dan Kos Ebay Final Value Fees

Untuk kiraan menggunakan paypal pula ada berbeza sikit. Saya ambil contoh harga yang sama untuk memudahkan kita buat perbandingan. Kos di bawah paypal fees adalah sebanyak 1.3 usd dan tax adalah 1.2 usd.

manakala ebay fees adalah seperti berikut

Jika kita tengok rate dari payoneer dan paypal juga memang berbeza. Payoneer bagi rate withdrawal yang lebih tinggi berbanding paypal

Sebagai rumusan untuk memudahkan Perbandingan Kos eBay Manage Payment Payoneer vs Paypal saya rumuskan seperti dalam table di bawah:

Ini bermakna, walaupun setelah menggunakan ebay manage payment ebay fees agak tinggi sikit kosnya berbanding sebelum ini
tetapi secara keseluruhan Profit yang kita dapat adalah lebih tinggi sedikit berbanding menggunakan paypal.
Ini kerana rate withdrawal dari payoneer adalah lebih tinggi berbanding rate witdrawal dari paypal. Kedua, kita dah tak dikenakan paypal fees lagi.
Kesimpulan
Pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu untuk menentukan harga jualan. Ini kerana kos yang kita kira adalah kos langsung sahaja. Tidak termasuk dengan kos tidak langsung seperti Bil Api, Bil Internet dan sebagainya.
Jadi, pastikan anda ambil profit sekurang-kurangnya 15% dari nilai revenue untuk pastikan hasil perniagaan anda tidak habis ditelan semuanya.
Belajar sesuatu dari artikel Perbandingan Kos eBay Manage Payment Payoneer vs Paypal ini? Nak belajar lebih mendalam lagi?
Jom Join Kelas ebay dengan lebih serius di bawah
Estimated reading time: 3 minutes