• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

IlmuPadu.com

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

Ilmu Tentang Perniagaan Online, Bagaimana Nak Bermula & Bagaimana Nak Berjaya

eBay Perkenalkan Payoneer Sebagai Payment Gateway

July 19, 2021 by Dr Zul Ariffin

eBay Payoneer Payment Gateway – Mulai tahun 2021, semua seller dari South East Asia adalah diwajibkan untuk daftar payoneer sebagai new payment gateway di eBay.

Jadi artikel kali ini saya nak share dan ingatkan pada semua ebay seller Malaysia jangan lupa register payoneer di akaun ebay anda selewat-lewatnya pada tahun 2021 ni.

Mulai tahun hadapan, semua ebay seller Malaysia akan menggunakan payoneer sebagai medium penerimaan duit.

Anda akan dapat notis di emel untuk segera daftar payoneer di ebay seller hub seperti gambar di bawah

Bagaimana cara nak daftar payoneer?

Langkah 1 :

Log in di ebay malaysia di ebay.com.my seperti gambar di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 1

click di bahagian my ebay > selling

cara daftar ebay payoneer payment 2

Jika anda belum aktifkan lagi ebay seller hub kena aktifkan dulu seperti di bawah atau click di link ni >>ebay seller hub<<

cara daftar ebay payoneer payment 3

di bahagian ebay seller hub click di section payment seperti di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 4

Pastikan anda dah semak semua maklumat yang didaftarkan di akaun ebay adalah match dengan dokumen KYC anda

ini bagi mengelakkan masalah akaun delay untuk approval. lebih malang lagi akaun suspend

Ada 4 step yang perlu anda isi seperti gambar di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 5

just follow je apa yg ebay nak. tak susah prosesnya..

so step pertama linkkan dulu akaun payoneer dengan akaun ebay anda

cara daftar ebay payoneer payment 6

Langkah 2 :

kalau takde akaun payoneer kena create dulu lah satu. pastikan daftar ikut sama match info apa yang anda daftarkan di ebay

Jika anda nak dapatkan USD25 selepas daftar Payoneer pastikan anda daftar melalui link di sini

>>> Daftar Payoneer Dan terima 25 USD<<<

cara daftar ebay payoneer payment 7

kemudian nanti anda isikan semua maklumat di payoneer seperti contoh di bawah ni

cara daftar ebay payoneer payment 8

isi je semua info ikut maklumat dokumen anda

cara daftar ebay payoneer payment 9

step seterusnya adalah isi maklumat akaun bank

cara daftar ebay payoneer payment 10

Langkah 3 :

Bila dah siap register payoneer anda akan dapat confirmation emel untuk verify payoneer dan verify dokumen payoneer

cara daftar ebay payoneer payment 11

dah selesai urusan pendaftaran payoneer, sambung sync profile ebay dan payoneer pulak macam step kat bawah ni:

cara daftar ebay payoneer payment 12

kemudian klik next ke step add kad kredit or debit seperti gambar kat bawah

cara daftar ebay payoneer payment 13

kalau kad anda declined tak boleh add, jangan risau, biasanya bank block kad tu. So call bank buat semakan dahulu, lepas tu baru add semula. Insha Allah boleh takde masalah

Langkah 4:

Dah selesai masukkan kad, dah boleh submit request untuk accept payment gateway seperti kat bawah ni

cara daftar ebay payoneer payment 14

lepas submit nanti akan nampak status macam kat bawah ni

cara daftar ebay payoneer payment 15

Di bahagian ebay seller hub Malaysia pun anda akan nampak status pendaftaran telah berjaya seperti kat bawah ni

cara daftar ebay payoneer payment 16

Tahniah! sekarang anda dah berjaya buat pendaftaran new payment gateway untuk akaun ebay anda. Alhamdulillah

Selepas itu, anda perlu tunggu info dari Payoneer untuk review akaun pendaftaran anda

setelah berjaya anda akan terima emel seperti di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 17

Selepas selesai proses pendaftaran dan pengesahan dari Pihak Poyeener, akaun ebay anda akan menerima bayaran terus masuk ke Seller hub seperti di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 18

Kita boleh setkan untuk bayaran dari jualan ebay ke akaun payoneer kita setiap hari atau setiap minggu.

ebay akan automatik transfer jualan kita setelah ditolak siap-siap semua ebay fees. Anda boleh semak bayaran di akaun payoneer anda seperti gambar di bawah

cara daftar ebay payoneer payment 19

itu sahaja prosesnya..

Jika anda nak Belajar bisnes ebay boleh singgah belajar lebih mendalam lagi di link di bawah

>>> Belajar Bisnes ebay<<<

Filed Under: Tutorial eBay

Primary Sidebar

POST – POST TERKINI

  • Cara Menjadi Viral di TikTok
  • Cara Set Up TikTok Shop
  • Cara Promosi Bisnes di TikTok
  • Niche Paling Untung dan Kurang Pesaing
  • Produk Haiwan Peliharaan Laris di USA

SENARAI KATEGORI

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in