Supplier Dropship China
Kali ini saya nak dedahkan mengenai supplier dropship China yang boleh memberikan kepada anda alternatif untuk anda memulakan bisnes di eBay secara dropship.
Ke semua supplier ini adalah supplier China yang menggunakan Bahasa Inggeris. Sebenarnya, selain dari aliexpress.com, masih ada banyak lagi website lain yang anda boleh gunakan.
Mari saya bocorkan kepada anda antara website yang eBay seller gunakan untuk jual barang di eBay.
Ada 17 website ke semuanya.
1. Banggood


Apa yang bestnya website www.banggood.com ni, warehouse supplier ini ada terdapat di US dan EU market.
So barang yang anda jual tu akan dapat sampai ke customer lebih cepat.
Lokasi bisnes ini terletak di Ghuangzhou China, terdapat lebih 70,000 produk untuk anda pilih untuk dijual di market eBay.
Barangan utama yang dijual adalah barang-barang elektronik, gajet dan pakaian.
2. BuyInCoins


Website buyincoins adalah website China yang lebih fokus kepada barang-barang elektronik dan pakaian.
Lokasi bisnes ini terletak di Shanghai china, barang-barang yang dijual tidak sebanyak yang terdapat di website banggood. Cuma ada 5000 pilihan barang sahaja. Tapi website ni dah boleh bagi anda pilihan yang cukup banyak untuk anda memilih barang yang paling murah.
Boleh try usha-usha website ni bila anda free.
3. ChinaVasion


chinavasion adalah berpangkalan di Hong Kong. Fokus jualan website ini adalah barang-barang berasaskan barangan elektronik dan gadjet sahaja. Anda boleh try jual barang-barang elektronik yang terdapat di website ni.
Jangan risau, mereka faham dengan konsep dropship. Seller di chinavasion.com di dah biasa dengan program dropship. Barang yang terdapat di website ni ada lebih kurang 2000 jenis barang untuk anda pilih mana yang berkenan.
4. CooliCool


CooliCool.com berpangkalan di Shenzhen China, terdapat 5000 produk yang dijual di coolicool.com. Produk utama website ini ialah barang-barang yang berasaskan barangan elektronik, gajet dan barang-barang sukan.
Mereka juga ada warehouse di EU market. So kalau nak jual di ebay.com barang boleh sampai lebih cepat dari biasa. Takdelah customer tunggu lama sangat.
Anda boleh try usha-usha bila free nanti.
5.DealeXtreme


DaleXtremee adalah website yang ramai orang tak tahu. website ini berpangkalan di Hong Kong, fokus jualan lebih kepada barang-barang gadjet sahaja. Terdapat lebih kurang 160,000 produk untuk anda pilih.
Macam biasa, website ni terima dropshipper yang baru nak memulakan bisnes di eBay.
Boleh try usha website ni bila anda free nanti.
6. DhGate.com


Website dhgate ni mungkin dah ramai yang tahu kewujudannya. Ni adalah website kedua yang popular di Malaysia selepas website Aliexpress. Lokasi bisnes ni berpangkalan di Beijing china, terdapat lebih daripada 16 juta produk untuk anda pilih di sini.
Fuhh banyak kan? Macam biasa para dropshipper sangat-sangat dialu-alukan.
Try usha bila free nanti.
7. DinoDirect


Dinodirect adalah berpangkalan di Hongkong. Website ni masih berusia 2 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2015. Masih muda lagi laa berbanding website-website yang lain.
Ramai masih tak perasan lagi kehadiran website ni sebagai supplier dropship alternatif untuk eBay seller. Tapi jangan pandang rendah pada supplier ni. Terdapat lebih dari 130 ribu produk yang disediakan sebagai pilihan untuk di beli.
Barangan utama yang dijual adalah barangan fashion, barang-barang komputer dan peralatan rumah.
8. Everbuying


Everbuying terletak di Shenzhen China, ditubuhkan pada tahun 2007. Dah dekat 10 tahun lebih website ini beroperasi. Terdapat lebih daripada 15 ribu jenis barang-barang yang berasaskan elektronik, gadjet dan fashion untuk anda pilih untuk dijual di eBay.
9. Fasttech


Ditubuhkan pada tahun 2012. Website ini fokus pada jualan produk berasaskan elektronik dan barang-barang komputer. Terdapat lebih dari 60 ribu produk untuk anda pilih.
Terletak di Hongkong Kowloon Bay. Website ni tak macam Aliepxress. Website ni cuma dari seorang seller sahaja (1 company sahaja).
10. GearBest


Berpangkalan di Shenzhen china, menjual produk berasaskan barangan eletronik, gajet dan fashion lelaki. Terdapat lebih dari 30 ribu produk untuk dipilih.
Ditubuhkan agak baru lagi. Iaitu pada tahun 2014. Bagus untuk gunakan sebagai sumber baru selain dari Aliexpress.
11. GeekBuying


Berpangkalan di Shenzen juga, ditubuhkan pada tahun 2009. Barangan yang dijual lebih kepada barang-barang elektronik dan gajet. Terdapat lebih dari 20 ribu jenis produk untuk anda pilih.
12. LightinTheBox


Berpangkalan di Beijing China, ditubuhkan pada tahun 2007. Terdapat lebih daripada 400 ribu jenis produk. Barangan yang dijual lebih fokus kepada apparell dan small accessories.
13. Miniinthebox


Berpangkalan di Beijing China, lebih kurang macam website light in the box. Tua setahun je dari light in the box, fokus barang-barang yang berasaskan elektronik dan gajet. Terdapat lebih daripada 350 ribu produk untuk anda pilih.
14 SammyDress


Berpangkalan di Shenzhen China, ditubuhkan pada tahun 2011. Produk utama yang dijual adalah produk fashion, mainan, produk peralatan rumah dan fashion style. Ada lebih daripada 100 ribu jenis produk untuk anda pilih dan jual di eBay.
15. SheIn


Berpangkalan di California dimiliki oleh China, website ni special sikit. Lokasinya terletak di USA. So kalau anda nak jual pada harga yang lebih mahal sikit pun takda masalah sebab barang yang anda hantar dapat di hantar lebih cepat ke customer.
Ditubuhkan pada tahun 2008, fokus pada produk fashion wanita sahaja. Ada lebih kurang 10 ribu jenis pilihan untuk anda iklankan di store eBay anda.
16. TinyDeal


Berpangkalan di Shenzhen China, fokus pada produk berasaskan elektronik dan gajet. Ada lebih daripada 50 ribu jenis pilihan untuk anda jual di eBay. Ditubuhkan pada tahun 2007.
17. Tmart


Berpangkalan di Hongkong. Ditubuhkan pada tahun 2009. Produk utama adalah barang-barang elektronik sahaja. Terdapat lebih daripada 60 ribu jenis produk untuk anda pilih.
Ok saya dah kongsikan 17 jenis website sumber yang anda boleh pilih selain daripada website Aliexpress.com
Sekarang ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research… research dan research untuk kenalpasti barang apa yang anda nak jual di eBay.
Jangan risau kesemua website ini adalah trusted seller. Kalau anda risau dan tak percaya, boleh try order satu barang dulu dan post ke alamat rumah anda.
Barang-barang yang dijual juga adalah berkualiti dan berpatutan harganya berbanding anda beli di Malaysia.
Tugas anda sekarang adalah spend sedikit masa untuk study ke semua website ini dan cari barang yang paling anda berkenan dan ada demand untuk anda iklankan di akaun eBay anda.
Tak tau nak buat research? Belum pandai lagi macam mana nak buat?
Anda boleh belajar sendiri, dan untuk jimat masa, anda boleh hadir ke bengkel eBay saya.
Jika budget anda agak terhad, anda boleh dapatkan panduan eBay yang lengkap dari A to Z terus di sini
>>>Panduan EBay Intelligence<<
Saya ada ajarkan teknik buat kajian produk untuk dijual di eBay dalam bentuk video dan ebook.
Di bengkel pula, saya akan ajarkan teknik yang lebih powerful dan sumber yang lebih murah dari 17 website di atas.
Tarikh bengkel terdekat adalah pada tarikh seperti berikut:
15 April 2017 (sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar ZAC Consultancy Batu Pahat Johor
Masa : 8.30 a.m – 5.00 pm
29 April 2017 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar Fizo Omar Bangi
Masa : 8.30 a.m – 5.00 pm
Jika anda berminat boleh hubungi / whatsapp terus click
( anda akan dibawa terus whatsapp ke 013 242 2297 )
Yang Benar,
Zul Ariffin Maarof
ZAC Consultancy