Selesaikan hutang kad kredit? Nak tahu tak caranya? Baca sampai habis tau…jangan skip-skip…
Assalamualaikum geng. Sorry lama tak update..
Saya terpanggil untuk ceritakan kisah saya..
Untuk iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Artikel kali ini agak panjang sikit
Ceritanya macam ni….
Tahun 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.
Selepas saya berkahwin , saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Yelah. Orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak..
So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan orang rumah saya untuk bukak kedai makan..
Saya cakap, “Syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat Parit Raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. Kalau nak pergi ke bandar jauh..lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insha Allah orang datang lagi nak makan.”
Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam 5 sehingga 6 angka, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai renovate dan beli peralatan barang kedai.
Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman, duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di eBay. Kebanyakan sumber rezeki saya tu dari eBay lah.
Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi..
So hajat saya sebelum sy habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah…
Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wiring, dan renovate.
So saya dah mati akal. Bajet kecik je. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini.
So saya amek jalan mudah saya pun apply kad kredit maybank. Walaupun saya tau kad kredit ni tak elok. Ada riba’, ada hantu. Tapi keadaan memaksa saya untuk ambil juga kad kredit yang “baik” ni.
Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.
Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank saya.
Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit sy berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. sy bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati saya cakap bagus jugak.hehehe..
Bermulalah perangkap kad kredit….
Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun pada waktu tu saya tau kad kredit ni interest tinggi, tapi saya fikir saya boleh bayar esok lusa. Yang penting masalah sekarang selesai.
Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit rolling pulak semakin berkurangan dan interest kad kredit pulak makin bertambah banyak.
Sale kedai pulak waktu tu tengah jatuh. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.
Saya mati akal… Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut..Sebab dibebani hutang kad kredit dan masalah bisnes.
Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup aku taknak ada hutang dari bank langsung.
So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.
Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam…untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni..
Saya doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni..kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah riba ni”
Lepas sembahyang..hati saya tenang sikit.. saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun eBay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.
Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, saya mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di eBay…
Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel…
Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang..
Berbekalkan pada fakta tu, saya pun fokus pada cara orang Israel ni buat jualan di eBay.
Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dengan negara diorang yg memang takde, tak mungkin diorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru..tentunya diorang akan pakai konsep bisnes dropship.
Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller eBay dari Israel iaitu siapa seller Israel yg jual barang trending ni.
Dari pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, website raddit.com dan google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg saya tetapkan tu mestilah ada 2 ciri:
– Barang ni tak vero
– Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam.
Hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa..
Saya fikir saya tak nak dedahkan, saya nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila..tapi semalam sy terbaca satu post di Facebook.
Hati saya cukup tersentuh.. sebabnya dia baru je beli ebook pre-launch saya..tapi dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. ( saya tak like dan saya tak komen apa-apa..cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada..)
Dan saya terdiam, saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi saya buat macam tu cuma dapat tolong sementara sahaja.. tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.
Saya tau..kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah duit dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Sebab tulah saya spend masa saya untuk tulis jugak buat artikel ni.
Ada juga yg PM sy di Facebook cakap nak bunuh diri.. Aduh. Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. Tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan.

Tapi sejujurnya kalau anda player eBay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. Sebab tu adalah periuk nasi anda. Takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.
Tapi saya dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. Boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.
Ok. Saya rasa dah panjang sangat saya membebel.. saya cerita terus hasil dari kajian saya malam tu..
Saya jumpa satu barang yang orang Israel ni jual..Ni barangnya.. sushi maker Sushezi Bazooka. Jualan barang ni lah yg telah membantu saya menyelesaikan segala masalah hutang kad kredit saya dalam masa 21 hari.
Kenapa 21 hari? Sebab paypal hold duit saya dapat tu dalam masa 21 hari. Sales yang saya buat dalam masa 3 hari jer dah cecah RM10k. Cuma nak kena tunggu 21 hari la sebab Paypal hold duit saya sebab akaun saya masih baru lagi. Huhuhu..
Supplier barang ni dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Saya buat research dari seller-seller lain..terutama seller dari China..ni seller Cina. Dia jual USD4.99 barang yg sama..

ni seller Israel.. dia jual USD22. Barang yang sama juga tapi harga berbeza.

Ni pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com. Kenapa Aliexpress? Sebab supplier Aliexpress ni well known, orang dah tau.. dan seller-seller di Aliexpress memang dah mahir untuk post barang ke USA.

Kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. Anda boleh install apps di HP anda untuk dapatkan estimate net profit anda seperti di bawah. Profit bersih $14.07

Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388
Ok ni listing sy pulak.. saya buat listing yang sama, tapi saya ubah sedikit gambar dan improve title gunakan keyword yang biasa barang terjual.
Dan hasilnya anda boleh lihat di bawah. Listing saya mendapat viewer yang sangat tinggi iaitu 325 viewed sehari secara percuma sahaja

Oleh sebab barang trending.. barang ni mendapat viewer yg sangat tinggi. dan selepas saya buat adjustment terhadap iklan saya, akhirnya iklan barang yang saya jual keluar di page pertama ranking nombor 1, hasil daripada teknik dan adjustment yang saya buat..saya tunjukkan bukti berapa banyak sold.

Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan saya mendapat reward dari eBay reward yang tertinggi iaitu:
Top Rated Seller + Power Seller di eBay
Syarat untuk jadi Top Rated Seller + Power Seller mestilah ada ciri-ciri seperti berikut :
- takde masalah open case/ dispute case
- kurang dari 0.3% percentage case closed without resolution
- akaun eBay mestilah lebih 90 hari
- 100 transaksi bersamaan dengan 3000 USD dalam masa 12 bulan
- 1 day handling business processing time
- mestilah kena jaga service tip top plus upload tracking numbers within 24 hours
Apa kelebihan dapat jadi Top Rated Seller + Power Seller?
- akaun dapat diskaun seller final value fee 20%
- listing cepat live selepas upload iklan
- viewers bertambah ramai. Visibility tinggi
- banyak lagi lah
Apa yang sy mintak kat Allah cuma dapat selesaikan hutang kad kredit saya..tapi Alhamdulillah..bukan sahaja kad kredit saya selesai, malah saya dapat akaun eBay yg sangat powerful.
Malahan eBay tetapkan syarat nak jadi Power Seller + Top Rated Seller perlu buat sale $3000 bersamaan 100 transaksi, tapi dengan mudahnya saya buat sale lebih $3000 bersamaan dengan lebih 300 transaksi tak sampai pun sebulan. Semuanya dengan kuasa Allah.
Kalau Allah nak bagi, bila-bila masa dia boleh bagi. Allah Maha Kaya.
Saya bersyukur sangat-sangat. Dan artikel ini adalah sebahagian dari usaha saya sebagai tanda kesyukuran untuk berkongsi pada orang ramai untuk menyedarkan betapa pentingnya akaun eBay ini untuk bantu kita tampung masalah ekonomi kita.
Akaun eBay adalah aset yang sangat berharga.
Nilai akaun ni lebih bernilai dari jumlah hutang kad kredit saya. Dengan akaun ni saya boleh generate income 5 angka setiap bulan dengan konsisten.

Ini screenshot yg sempat sy rakamkan as a case study untuk anda. Duit yang saya withdraw dari Paypal ke akaun bank untuk bayar hutang kad kredit.
Bulan 12 saya dapat gaji 9 kali. Hehe..

Ini adalah screenshot duit yang dah clear masuk ke akaun bank.




Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75
Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun eBay yang lain.
Kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant. Boleh terus ke mesin ATM cucuk duit keluarkan.
Ada juga duit dari Paypal yang saya tak withdraw tapi saya jual je pada sapa-sapa yg nak.
Hasil duit ni 90% saya buat bayar hutang kad kredit, dan 10% lagi say abuat reward diri belanja wife saya makan n shopping sikit-sikit..
Ok so macam mana saya buat??
Caranya mudah sahaja.. nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak paham.
Caranya macam ni:
Langkah 1:
Anda cari produk-produk yang trending di www.reddit.com. Luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending?
Anda tau apa website ni? Saya pun tak tau..hehe… yang saya tau website ni macam forum la. Cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di USA.

Dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.
Selain itu juga anda boleh kaji dari Facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA.

Langkah 2 :
Setelah anda dah jumpa barang yang hot, cuba lakukan carian di eBay pulak..tengok ada tak produk yg anda kaji tu ada demand yang tinggi di eBay.
Ciri-cirinya:
1. Barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
2. Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship.
3. Barang tu tak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.
.
Langkah 3:
Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di eBay…setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, Insha Allah akan ada buyer yg beli dari anda!
Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yg harga murah sangat.
Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.
So dari situasi ini sebagai penjual, Insha Allah barang anda pasti akan terjual.
Ini lah yang saya buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya.
Jika anda pernah menggunakan Facebook dan Instagram as a platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah eBay.
Kenapa?
Sebabnya eBay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsapp dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli..
Anda tak perlu buat semua tu. Penat. Serius penat. Saya dah rasa dulu.. sampai bini tegur ” hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha…
eBay ni mudah sangat-sangat. Orang datang eBay memang dia dah mindset nak beli. Anda cari je barang apa yang diorang ni nak.
Tunjuk jer nak beli ke tak, Insha Allah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, Insha Allah confirm dia bayar kat anda.
Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni saya dapat pm, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di eBay ni..
Apa yang sy share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yang telah saya dokumenkan..dalam ebook tu saya dah siapkan proses dari A to Z. Ini content ebooknya..
Pendahuluan
Bab 1 : Pengenalan ebay
Bab 2 : Fakta Asas sebagai penjual di ebay
Bab 3 : Persediaan memulakan bisnes di ebay
Bab 4 : Software / Tools bisnes di ebay
Bab 5 : Langkah-Langkah membuat multiple account ebay
Bab 6 : Tips penting di ebay
Bab 7 : Teknik Membina Reputasi di ebay
Bab 8 : Jenis barang “vero” dan “non vero”
Bab 9 : Teknik Kajian pasaran secara manual
Bab 10: Teknik kajian pasaran secara auto
Bab 11: Teknik listing Auction & BIN
Bab 12: Case study Barang Dropship
Bab 13: Case study Barang tempatan
Bab 14: BONUS 1-Senarai Supplier barang Print On Demand (POD)
Bab 15: BONUS 2- Senarai Supplier Wholesaler UK
Bab 16: BONUS 3- senarai supplier USA-China-wholesaler
Bab 17: BONUS 4- Teknik ebay intelligence 1: dropship menggunakan supplier 1688.com
Bab 18: BONUS 5- Teknik ebay intelligence 2: Case study sushi maker bazooka
Bab 19: BONUS 6-Teknik ebay intelligence 3: Case study China Vs Malaysia
.
Penutup
Jika anda seorang newbie or bekas eBayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar..sebabnya ianya adalah proven case study dan ianya easy friendly.
Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerful, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit..akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat..dan dalam tempoh ini juga Paypal biasanya akan hold duit anda dalam masa 21 hari. Sehinggalah akaun eBay anda ada DSR (Detail Seller Rating) yang tiptop.
Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.
Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.
Ebook ni dah 100% siap
Jika anda berminat boleh boleh klik link berikut untuk tempah dapatkan ebook eBay di bawah:
>>TEMPAH DI SINI<<
Zul Ariffin Maarof
-Ebay Intelligence Academy-