Jualan Tupperware Malaysia sebanyak $58,593(RM233,169) setahun di market eBay Australia!
Jom lihat statistik jualan tupperware Malaysia di market eBay setiap bulan oleh seller ni

Dengan purata jualan sebulan sebanyak $4882.75 (RM19,409.11 sebulan), seller ni berjaya buat jualan dengan konsisten hanya fokus kepada barang keluaran tupperware Malaysia sahaja.
Jika saya ambil 35% profit dari jualan sahaja seller ni dah ada gaji sebanyak RM6793.19 sebulan!
Untuk makluman anda, ini adalah data dari seorang seller sahaja di ebay dan saya hanya fokuskan pada market ebay australia sahaja.
Kalau saya campurkan dengan sales dari market ebay negara lain dan jualan oleh semua ebay seller tupperware Malaysia jualannya adalah mencecah lebih 1 juta USD!
Jom tengok sikit statistik jualan dari individual seller ni untuk rujukan dan pembelajaran anda

Total barang yang berjaya di jual adalah sebanyak 2084 transaksi dengan jumlah iklan sebanyak 1801 listing. Purata harga jualan adalah sebanyak $28.12
Dari mana saya dapat statistik jualan yang sebegitu detail macam ni?
Dah tentulah saya dapatkan daripada sumber yang sah iaitu data dari ebay sendiri.
Apa yang bagusnya data yang kita dapat ni?
Bagusnya kita akan dapat buat jualan tupperware malaysia dengan cara yang lebih baik dari seller ini dan dapat jimatkan kos untuk invest beli produk mana yang betul-betul ada demand tinggi dari market Australia.
Kalau seller ni perlu memperuntukkan masa untuk listing sebanyak 1801 listing, kita tak perlu untuk peruntukkan waktu yg banyak untuk listing sebanyak itu, just fokuskan pada top produk yang seller ni jual jer
Produk apa yang paling laku oleh seller ni?
Antara produk-produk tupperware Malaysia, list di bawah ni adalah demand yang paling tinggi:

So tak perlu untuk fokus jual barang yang takde demand selain daripada Top List di atas ni
Setiap bulan seller ni menjual lebih dari 94 unit tupperware malaysia. Boleh tengok data bilangan unit terjual di bawah:

Dari data seperti ni jugak kita dapat tau berapa harga jual, harga shipping yang patut kita cas pada bakal customer kita untuk compete dengan competitor kita.
So takdelah anda pakai tembak je untuk buat jualan di eBay seperti cara menjual tupperware Malaysia ni. Dari data yg anda dapat ni anda dapat belajar strategi nak menjual dan tambah baik apa kelemahan yang seller ni ada.
Ok? saya harap anda dapat belajar sesuatu dari artikel kali ni. saya suka buat analisis data menggunakan eBay data ni sebabnya saya dapat tau barang apa yang patut saya beli secara borong dan jual dengan optimum seperti data jualan tupperware malaysia ni.
eBay data ni jika anda pandai menggunakannya memang ianya sangat-sangat membantu..
Mulai tahun 2020, terapeak ni dah duduk bawah eBay seller hub bawah seksyen research. Anda boleh explore terapeak di sini
Atau anda boleh juga tonton video kegunaan terapeak di sini
Kegunaan fungsi ni kita boleh tau berapa sales setiap bulan dan apa top produk seller tu yang boleh melonjakkan sales mereka.
Kesimpulannya
Tak kira apa jenis barang yang anda nak jual, pastikan anda mestilah ada solid reason kenapa anda nak jual produk tu, sama contoh seperti data jualan tupperware malaysia ni.
Pastikan anda buat kajian pasaran berdasarkan data-data jualan yang lepas di ebay. Seperti kes data jualan tupperware malaysia ni,
Bila kita tahu ianya ada demand, So barulah sales anda tu akan melonjak naik dan anda dapat jimatkan banyak masa wang dan tenaga sebelum buat sesuatu.
Hari ni anda buat bisnes ebay, esoknya memang mustahil untuk anda dapat hasil yang sama macam seller ni. ianya memerlukan masa, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan di ebay.
Anda perlu terus lakukan usaha ini secara konsisten untuk membina tapak perniagaan di market ebay. Saya percaya jika anda berjaya konsisten dan fokus untuk buat bisnes ebay ni dengan bersungguh-sungguh, pengalaman yang anda lalui itu akan membantu anda buat jualan yang semakin banyak.
Dan tak mustahil suatu hari nanti pendapatan online anda lebih besar dari pendapatan anda sekarang ni!