Jualan Kaftan di eBay USA? Siapa sangka pakaian kaftan Malaysia mendapat tempat di pasaran luar negara?
Jangan sangka nak export ke luar negara tu mestilah kena ada jualan yg besar, perlu ada gudang dan kilang, perlu export menggunakan kontena dan sebagainya contohnya seperti isu perbincangan kita hari ini berkenaan kain kaftan Malaysia di pasaran eBay.
Jika anda berfikiran sebegitu, sampai bila-bila anda tidak akan bermula untuk menceburi perniagaan secara online. bukan sahaja jualan di dalam negara, malahan jualan di luar Malaysia juga tak akan mampu untuk anda lakukan
Langkah pertama untuk berjaya buat jualan secara online di eBay ni ialah perlu mempunyai MINDSET yang betul
Ya, mindset…

Apabila mindset anda telah betul, hasil yang anda dapat pun akan menghasilkan result yang baru.
Apa mindset yang kena ada ni?
Mindset yang perlu anda ada ialah anda perlu berfikiran seorang usahawan.
Lihat setiap perkara di sekeliling anda adalah peluang yang mampu untuk anda hasilkan jualan dan jadikan sebagai pendapatan.
Walaupun pada permulaannya ianya agak susah. lama-kelamaan anda akan terbiasa, tak perlu untuk anda ada semua peralatan dan modal yang lengkap untuk mulakan perniagaan.
Start dengan apa yang anda ada…sudah memadai..
Saya bagi contoh seperti jualan pakaian orang melayu. untuk pengetahuan anda, di eBay kategori clothing, shoes and accessories adalah kategori yang PALING HOT sekali terutama di bahagian kategori pakaian wanita. Salah satu daripadanya adalah jualan kain kaftan.
Lihat statistik jualan oleh eBay seller Malaysia di bawah:

Mereka berjaya buat jualan sebanyak 506 unit setahun bermula dari 17 mac 2017 sehingga 18 mac 2018 ( artikel ini ditulis) dengan jualan terkumpul sebanyak $14,050 bersamaan dengan RM54,991!
Dan jualan ini masih berlaku setiap hari dengan konsisten.
Niche pakaian seperti kain kaftan Malaysia ni jarang mendapat fokus oleh seller-seller yang lain sebabnya mereka fikir ianya adalah niche yang tak hot.
Anda perlu berfikiran KREATIF. Ketika orang lain tidak fokus pada niche seperti inilah anda patut fokus.. sebabnya persaingan adalah sangat-sangat rendah. Kompetitor anda tidak berminat untuk buat jualan niche seperti ini
Tetapi anda berpegang pada hasil kajian data terapeak . Hasil dari kajian R&D yang anda lakukan, dari data-data yang lepas anda dapat kenalpasti jenis pakaian apa yang mendapat sambutan di luar negara, sekaligus membuat jualan yang boleh mencecah 5 angka.
Berapa harga yang patut anda jual, berapa shipping charge yang patut anda letak pada iklan anda di eBay. dan sebagainya.
Ciri-ciri seperti inilah yang menjadikan diri anda seorang seller yang terpelajar.
Ketika orang lain jual secara membuta tuli, anda menjual seperti anda sudah tahu apa yang buyer anda mahukan di pasaran eBay.
Pokok pangkalnya, jika anda nak buat jualan di eBay, perkara yang paling penting perlu anda ada adalah ILMU. orang yang berilmu sahaja yang mampu merancang strategi untuk membuat jualan dengan konsisten dan volume yang tinggi.
Lihat contoh pakaian kaftan seperti di bawah:

Seller ni berjaya buat jualan sebanyak $22.99 x 122 unit = $2804.78 = RM10,977++. lebih 84% item telah terjual!
Ini adalah data yang saya extract dari terapeak. Nampak tak hanya dengan membuat jualan kain kaftan Malaysia di pasaran eBay, anda boleh menghasilkan sale yg tinggi.
Jika anda ada ilmu research yang baik,
masalah tak tau nak cari barang..
masalah tak tau nak jual apa..
masalah barang dah listing tapi tak laku-laku..
semua masalah tu akan selesai sebab anda ada fundamental research yang kukuh untuk mengenalpasti barang apa yang patut anda jual.
OK, kesimpulannya, tak kira apa pun yang anda nak jual.. pastikan anda telah pun buat product research dahulu barang yang nak jual tu bukanlah secara membuta tuli try and error listing dan tinggal.
Perlu ada asas dan strategi, barulah hasilnya cepat dapat. So penghalang utama untuk berjaya buat jualan di eBay adalah ILMU. Lengkapkan diri anda dengan ilmu dahulu… Insha Allah anda akan berjaya buat jualan di eBay dengan konsisten!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bengkel ebay Intelligence akan diadakan pada 24 Mac 2018 di bangi
Apa yang anda akan belajar:
- Belajar teknik membuat kajian research menggunakan terapeak dengan berkesan
- Kuasai teknik asas ebay dan paypal
- Ketahui Lubuk Supplier local dan China
- Strategi Dropship Vs Strategi Inventori
- Strategi newbie menjadi Power Seller + Top Rated Seller dengan pantas
- Isu selling limit + documentation
- dan banyak lagi
DAFTAR DI SINI
>>>DAFTAR BENGKEL EBAY<<<
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam sukses dari saya
Zul Ariffin Maarof
-Ebay Intelligence Academy-
