Sales eBayer Malaysia? Nak tahu tak berapa? Jom saya bongkarkan!
Assalamualaikum & Hai semua..kabare? Hujung minggu ni saya ada free sikit. Saya buat research sikit tentang sales eBayer Malaysia ni yang dah makan duit hasil dari eBay setiap bulan dan bertahun-tahun lamanya dia makan.
Mengikut data dari Terapeak, sales dia ni start dari Januari 2016 sampai 16 Nov 2016 adalah sebanyak USD24290!
Banyak tak? dalam USD angka memang nampak macam tak beso…cuba hang convert dalam Ringgit. Jom kita convert. Kalau ikut currency terkini sekarang rate USD 1 = MYR 4.41650.

So dalam RM adalah sebanyak RM 107,386.4!! Dalam tempoh 10 bulan 16 hari sahaja.. so average sebulan sales part time dia ni adalah sebanyak RM10738!!
OK KE TAK OK??
OK sangat la kan.. Ok jom kita selidik lagi berapa jumlah sales dia setiap bulan secara terperinci!

Ok nampak tak nampak tak? Sales dia setiap bulan adalah sebanyak lebih dari seribu USD in average.
Nak bagi nampak lagi kita tengok histogram kat bawah ni:

start dari bulan Januari dia dapat lebih RM6K. Bulan Oktober pulak mencanak jadi 5k. Bersamaan dengan RM22500++ Kalau kita amek untung bersih dia sebanyak 35% sahaja bersamaan dengan RM7800++. Ini adalah data yang realistik.
Bukan data yang saya ceduk dan buat-buat or saje jer ada-adakan cerita ni. Kelebihan bisnes eBay ni adalah kita boleh kaji siapa seller-seller yang dari negara kita sendiri menjual di eBay secara visible.
Alhamdulillah , Allah kurniakan saya kelebihan membuat research, dan kebetulan pula, memang saya bergelumang dengan aktiviti harian mencari data dan membuat analisa untuk kajian PhD Math saya. So saya kongsikan sekelumit ilmu saya mengkaji barang hot di eBay buat sesiapa yg nak buat bisnes secara part time sahaja tapi boleh mendatangkan hasil yang lumayan.
Maklumlah semua harga barang naik..minyak naik USD naik tapi gaji jer tak naik-naik.
Ye..ye…saya tahu anda mesti akan tertanya-tanya soalan seperti ni.
Siapa seller ni?
Barang apa yang dia jual tu?
Kat mana nak dapat barang ni?
Macam mana nak buat dropship macam dia ni?
Betul ke tak? hehe….
Maaf saya tak boleh dedahkan siapa dia dan barang apa yang di jual untuk menjaga privacy jualan dia dan untuk keselamatan diri saya. Kang nanti dia datang Mama Baryani House carik saya mati saya. Hehehehehe…
Kalau anda nak jadi seller bisnes eBay, datang jumpa saya, ilmu ni terlalu eksklusif untuk saya dedahkan. Alang-alang anda nak belajar, baik belajar sampai dapat hasil USD setiap hari. Insha Allah saya boleh ceritakan…tapi bukan siapa seller ni dan barang apa yang dia jual. Tapi lebih dari tu. Saya ajarkan anda macam mana nak pancing ikan. Bukan saya ajar macam mana nak makan ikan.
Sekian….daaaa…
Anda perlukan panduan bisnes eBay yang comprehensive?
Dapatkan panduan eBay Intelligence di sini
>>>Panduan eBay Intelligence<<<
Yang benar
Zul Ariffin Maarof